PROFIL SEKOLAH

 PROFIL SEKOLAH SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

SEJARAH SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

 

SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Sarawak. Sekolah ini mempunyai rentetan sejarah dan riwayatnya yang tersendiri. Sebelum sekolah ini ditukar sepenuhnya kepada Sekolah Menengah Kerajaan, ia adalah sekadar Sekolah Menengah Rakyat dengan nama Sekolah Menengah Rakyat Tunku Abdul Rahman.

Sekolah ini diisytiharkan pembukaannya pada 31hb. Januari 1960. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datu Bandar Abang Haji Mustapha Bin  Datu  Abang  Haji  Moasili. Jawatankuasa  Pengurusan  menganjurkan  majlis  ini  di bangunan MBHT (PersatuaKampung Masjid, Bintangor& Haji Taha) pada 31 Januari, 1960. Ramai yang telah menghadiri majlis tersebut. Turut hadir ialah Encik Abdul Rahman Ya'kub (AllahyarhamTun Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Ya'kub, Yang Di Pertua Negeri. Sarawak, 1981 1985).

Pada 16hb. September 1963, terbina sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 12 bilik darjah, sebuah Bilik Pengetua dan sebuah bilik guru. Berkat kerjasama badan pengasas sekolah ini, maka pada 19hb. Disember 1966, sebuah makmal sains telah didirikan. Mantan Y.T.M Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaituTunku Abdul Rahman telah menderma sebanyak RM 50 ribu bagi menaik taraf sekolah dan kemudian RM 20 ribu untuk menambahkan bilangan makmal sains.

Sekolah Menengah Rakyat Tunku Abdul Rahman wujud atas kesedaran badan pengasasnya dengan kerjasama kerajaan serta masyarakat demi anak bangsa Melayu yang dahagakan ilmu pengetahuan dan kejayaan dalam bidang pelajaran.

Pada 10hb. Ogos 1966, dengan kerjasama pihak pengelola sekolah dan pihak tentera Malaysia, maka siaplah sebuah padang permainan dan 2 buah bangsal basikal yang dapat menempatkan kira-kira 500 buah basikal murid. Bagi mengenang jasa pihak tentera, maka padang berkenaan diberi nama Padang Permainan Jeneral Tunku Osman Jewa.

Selain itu, untuk mengisi tabung sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah telah menjemput Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Saloma serta rombongan untuk mengadakan pertunjukan amal di perkarangan sekolah. Sebagai mengenang jasa beliau, sebuah bilik darjah telah diberi nama bilik P. Ramlee. Kini bilik itu dijadikan sebahagian daripada Bilik Guru.

SMK Tunku Abd Rahman kemudiannya berwajah baharu menjelang tahun 2003 Projek yang menelan belanja sebanyak RM 19 juta ini bermula pada bulan Jun tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada pertengahan 2003. Pembinaan sekolah baharu ini menggunakan konsep design and build.  Pembinaan bangunan sekolah baharu ini merangkumi 4 blok bangunan 4 tingkat yang mempunyai 36 buah bilik darjah dan dilengkapi juga beberapa bilik lain seperti bilik mesyuarat, bilik perkembangan staf. Semua kemudahan yang disediakan adalah bertujuan memberi keselesaan dan kebaikan kepada semua warga sekolah.


Blok utama sekolah tahun 196     

Pandangan atas sekolah tahun 2003


PENGASAS SEKOLAH
 



Tan Sri Datuk Haji Muhammad Suaut Bin Haji Tahir merupakan anak jati Kuching dan dilahirkan pada tahun 1905. Pada mulanya beliau bertugas sebagai pembantu perubatan di Sri Aman. Beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ahli Dewan  Undangan  Negeri  Sarawak.  Beliau  merupakan  tulanbelakang  pembentukan sekolah ini pada awal tahun 60-an. Keinginan beliau untuk melihat anak-anak Melayu berjaya dalam pelajaran telah mendorong beliau dan rakan-rakan seangkatan dengannya mendirikan sebuah sekolah rakyat bagi menampung pelajaramurid-murid Melayu  yang  tidak lulus peperiksaan Common Entrance”.

Hasil bantuan dan sumbangan orang ramai, maka akhirnya terbinalah sebuah sekolah menengah yang dinamakan Sekolah Menengah Rakyat Tunku Abdul Rahman.

 

Beliau terus dilantik mengetuai Lembaga Pengurusan Sekolah pada tahun 1960. Pada tahun berikutnya, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi tetapi masih menjadi AJK dalam Lembaga tersebut.


SUMBER:

History Of Sekolah Rakyat by Haji Ahmad Zaidell Tahir

Diterbitkan oleh The Malaysian Historical Society, Sarawak Branch, 1981/1982




Program #3A Kementerian Pendidikan Malaysia

           Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,         Bersama ini dilampirkan bahan Program #3A- Aware, Alert, Action (Sedar, Peka T...